Sunday, February 8, 2009

Perjuangan Yang Tiada Penghujungnya....


Pejam celik…..pejam celik…..sudah hampir tiga tahun aku mengenali UPSI. Teringat di hari pendaftaran…..hmmmm. Takut… sedih….sakit….tak ada sapa yang tahu…kesakitan dipendam demi sebuah kejayaan yang diimpikan. Namun aku tak dapat bertahan jua akhirnya. Pengajian terpaksa ditangguhkan. Aku pasrah dan menerima takdirMU YA ALLAH. Satu semester berlalu…. demi satu pengorbanan…kasih sayang…untuk IBU…ABANG…KAKAK yang ku sayangi. Demi kejayaan ini, walaupun terpaksa turun naik fakulti, mencari lecture..aku akan teruskan jua. Huh…dimarah, disergah, melutut, bersila depan bilik lecture adalah perkara biasa bagi aku..hmmm..bila la hal ini akan berakhir..letihnya…Dan aku tahu perkara ini akan terus berulang sehingga aku tamat pengajian. Tapi aku tahu bebanan ini hanyalah setipis kulit bawang..malah lebih nipis lagi dari itu. Aku harap aku akan diberi peluang untuk menghabiskan pengajian ini dengan penuh kejayaan.

Ya Allah…ya tuhanku…tetapkan lah aku pada jalan MU. Ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan…Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan…Ya Allah, jadikanlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian dan berikanlah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir….Oh Tuhan, halalkanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu dan tindakan-tindakanku yang keliru pada jalan-Mu yang lurus dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu

Ya Allah, lenyapkanlah perasaan waswas aku dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran dan tolakkan tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina. Ya Allah, lenyapkanlah dukacita ku ini, hilangkan kesedihan ku dan halaulah keresahan dari jiwa ini. Kami berlindung kepada-Mu dari perasaan takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu. Kami tidak meminta kecuali kepada-Mu, kami tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu. Engkaulah Pemelihara kami, sebaik-baik pelindung dan penolong. Aminnn…

No comments:

Post a Comment