Monday, February 9, 2009

Buat RINA N SARAH Semoga Ukhwah Ini Berkekalan

Hari ini..ingin ku kongsi cerita tentang sahabat yang amat ku sayangi. Sebenarnya keseorangan adalah perkara biasa bagi ku, apabila mula-mula menjejak kaki ke UPSI. Namun jauh di sudut hati aku bedoa pada ilahi agar aku diketemukan sahabat …Seorang diri membuatkan aku tahu dimana pun aku berdiri aku mesti berdikari. Aku tetap mengingati bahawa aku sedang berpijak di bumi ILAHI…serta dibumbungi dengan langitNYA jua. Namun aku tak lupa dan sentiasa berdoa “YA ALLAH kurniakan kan lah aku sahabat bukan untuk melupakan MU tetapi agar diri ini menjadi semakin gagah dalam mencari ilmu MU”. Aku bersyukur di saat-saat aku terus dilambong ombak mencari kekuatan di UPSI aku telah dipertemukan dengan hamba MU YA ALLAH…yang amat baik…. Di dalam diri mereka ada ketenangan, kegembiraan, dan sebuah kasih sayang yang amat berharga. Andai ku pergi suatu hari nanti..ku harap kalian akan sentiasa di sisi. Menghadiahkan ayat-ayat suci demi perjuangan di alam yang abadi. Buat mu Rina dan Sarah ku amat menyayangi mu…buat selama-lamanya. Terima kasih kerana kalian sudi menjadi sahabatku..semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama mu..dunia dan akhirat yang kekal abadi.


No comments:

Post a Comment